Sejarah Sekolah

          Sekolah SJKC Pei Eng, 06900 Yan, Kedah merupakan salah sebuah sekolah yang telah lama ditubuhkan di Daerah Yan.


          Pada tahun 1933, sebuah rumah kedai atap disewa untuk dijadikan sekolah sementara dengan bilangan murid 20 orang.

           Pada tahun 1937,dengan wang sumbangan orang tempatan sebuah blok atap dibina dengan jumlah murid hampir 100 orang.

           Pada tahun 1952,bilangan kelas hanya 5 buah iaitu Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja. Pada tahun 1959,barulah sekolah ini menjadi lengkap dengan bilangan kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
            Pada tahun 1962, dengan bantuan wang kerajaan sebanyak RM 13,000.00 dan dermaan RM 11,000.00 bangunan sekolah baru telah dibina di atas tapak yang sedia ada sekarang. Selepas pembinaan bangunan sekolah, dengan bantuan kerajaan, Lembaga Pengurus, pihak PIBG, waris dan masyarakat sekeliling banyak kemudahan sekolah telah dapat dipertingkatkan.

            Pada tahun 2005, pihak sekolah telah mendapat peruntukan sebanyak RM 50,000.00 untuk memperbaiki bangunan yang condong dan menukarkan "wiring" elektrik yang baru.

            Pada awal tahun 2007, dengan bantuan dari Ahli Parlimen Kawasan Jerai dan Majlis Daerah Yan, bangunan dan kemudahan sekolah sekali lagi dapat dipertingkatkan yang ada sekarang ini.